JADWAL SEMBAHYANG & SEJIT
PENGUMUMAN
BERITA & ARTIKEL
MEDITASI

Sun Wu Kong dilahirkan di Huāguǒ-shān (Cina : 花果山; Gunung Bunga-bunga dan Buah-buahan) daripada seketul batu mitos yang terbentuk oleh daya asal kecamukan, Wukong menyerupai sekaum monyet dan kemudian dihormati karena menemui Shuǐlián-dòng (Cina : 水帘洞; Gua Tabir Air ) di belakang sebuah air terjun raksasa.

Monyet-monyet yang lain menganugerahinya sebagai Raja dan Wukong menggelar diri sebagai Měi Hóuwáng (Raja Monyet Kacak). Menyadari bahwa dia masih akan mengalami kematian, walaupun kuasanya ke atas monyet-monyet yang lain maka dia pun bermaksud untuk mencapai keabadian.

Wukong berkelana dengan rakit ke tanah-tanah yang beradab, lalu menemui dan menjadi pengikut Bodhi salah satu bapak Buddhisme / Tao. Menerusi penjelajahannya, Wukong juga memperoleh pertuturan dan tingkah laku manusia.

Pada mula-mulanya, Bodhi enggan menerima Wukong sebagai pengikut karena Wu kong bukannya manusia. Tapi walau bagaimanapun, berkat kegigihan dan ketabahan Wu kong menyebabkan Bodhi tertarik kepada monyet itu. Bodhi kemudian menerima Wu kong dan memberinya nama resmi, Sun Wukong ( "Sun" membayangkan keasalan monyet dan "Wukong" membawa pengertian sadar akan kekosongan ).

Tidak lama kemudian, minat dan kecerdasan Wukong menjadikannya salah satu pengikut kesayangan Bodhi. Justru, Bodhi membimbing dan melatihnya semua ilmu kesaktian dan Wukong memperoleh penguasaan ilmu pengubahan bentuk yang dikenali sebagai "72 perubahan".

Kemahiran itu yang dikatakan lebih serba bisa dan lebih mudah untuk membenarkan pemiliknya bertukar kepada setiap bentuk kewujudan yang di inginkannya, termasuk manusia dan bentuk makhluk lainnya. Wukong juga belajar perjalanan awan, termasuk teknik Jīndǒuyún ( Balik Kuang Awan) yang dapat mencapai 108,000 li (54,000 km) menerusi satu balik kuang. Tambahan lainnya, dia juga berupaya mengubah setiap 84,000 bulunya menjadi wujud tubuhnya sendiri atau makhluk lainnya.

Wukong kemudian mulai menjadi angkuh kerana keupayaannya dan mulai bercakap juga bercerita kepada para pengikut yang lain. Ini mengakibatkan Bodhi merasa tidak gembira serta mengusirnya dari kuil Bodhi. Sebelum mereka berpisah, Bodhi mengarahkan Wukong supaya berjanji tidak akan memberitahu sesiapa pun tentang bagaimana dia mendapatkan kuasa tersebut.

Di Huāguǒ-shān, Wukong memantapkan kedudukannya sebagai salah satu siluman yang paling berkuasa dan terpengaruh di dunia. Untuk mencari senjata yang sesuai, dia menjelajah ke lautan dan memperoleh tongkat Ruyi Jingu Bang. Tongkat itu berupaya mengubah saiz dan mendarabkan diri, serta boleh berlawan mengikut kehendak hati pemilik. Ia pada asalnya digunakan oleh Dà-Yǔ untuk mengukur kedalaman lautan dan kemudian menjadi "Tiang yang Menenangkan Lautan" serta harta karun Ao Guang, " Raja Naga Laut Timur". Beratnya tongkat itu 13,500 kati (8.1 tan).

Apabila Wukong mendekatinya, tiang itu mula bersinar demi menandakan bahawa ia telah menjumpai pemiliknya yang benar. Sifat tongkat itu membolehkan Wukong menggunakannya sebagai senjata serta menyimpannya di dalam telinga sebagai jarum jahit. Ini menakutkan makhluk sakti laut serta mengakibatkan huru-hara di laut kerana tiada sebarang lain yang dapat mengawal pasang surut lautan.

Selain daripada merampas tongkat sakti itu, Wukong juga menewaskan Raja Naga di Empat Penjuru Laut dalam pertempuran dan memaksa mereka memberikannya baju zirah (鎖子黃金甲), topi berbulu Burung phoenix (鳳翅紫金冠 Fèngchìzǐjinguān), serta But yang membolehkan perjalanan di atas awan (藕絲步雲履 Ǒusībùyúnlǚ). Wukong kemudian mengingkari percubaan Neraka untuk mengambil nyawanya.

Untuk mengelakkan penjelmaan seperti semua makhluk yang lain, dia menghapuskan namanya bersama-sama nama semua monyet yang dikenalinya daripada "Buku Hidup dan Mati". Raja-raja Naga dan Raja-raja Neraka kemudian memutuskan untuk mengadukannya kepada Maharaja Jed di Syurga.

Hura-hara di Alam Syurga

Mengharapkan bahwa suatu kenaikan pangkat dalam kalangan dewa dapat menjadikan Wukong lebih mudah dikawal, Giok Hong Shiong Te menyambut Wukong ke Syurga. Wukong mempercayai bahawa dia akan dikurniai sebagai salah satu dewa tetapi malangnya, dia hanya dijadikan sebagai ketua kandang kuda syurga untuk menjaga kuda.

Ketika Wukong mendapat tahu tentang hal itu, dia memberontak dan mengelarkan dirinya sebagai " Raja Agung, Sama Pangkat dengan Raja di Syurga" dan bersekutu dengan setengah siluman yang paling berkuasa di dunia. Percobaan awal Syurga untuk menguasai Raja Monyet tidak berjaya.

Lantaran itu, para dewa terpaksa mengakui gelaran Wukong tersebut serta mencoba untuk menawarkannya kedudukan sebagai "Pelindung Taman Syurga". Begitu Wukong mendapati bahwa dia tidak dijemput untuk menyertai sebuah jamuan diraja, walaupun semua dewa dan dewi dijemput, kemarahannya menjadi keingkaran terbuka. Selepas mencuri "Pil keabadian" Xi Wangmu, Pil Panjang Umur Lao zhu, serta wain Giok Ong Shiong Te maka Wukong pun melarikan diri kembali ke kerajaannya untuk menyediakan pemberontakan.

Wukong kemudian menewaskan Tentera Syurga yang terdiri dari 100,000 prajurit pahlawan samawi dan membuktikan diri setanding dengan Erlang Shen Jenderal Syurga yang terunggul. Tap bagaimanapun, dia kemudian ditangkap atas pertolongan kuasa Taoisme dan Buddhisme, serta usaha setengah dewa.

Selepas beberapa percobaan yang gagal untuk menjalankan hukuman mati ke atasnya, Wukong dikurung di dalam sebuah kawah bagua Lao Tzu untuk disuling menjadi eliksir oleh api samadhi yang paling panas. Bagaimanapun kawah itu meletup tapi selepas 49 hari Wukong melompat ke luar, bahkan kini lebih kuat daripada yang dahulu. Wukong kini berupaya mengecam kejahatan dalam sebarang bentuk menerusi huǒyǎn-jīnjīng ( 火眼金睛 ) ( secara harafiah, "renungan keemasan mata bernyala-nyala"), satu keadaan mata yang juga mengikabatkan kepekaannya kepada asap.

Dengan semua pilihan yang telah dicoba dan gagal, maka Giok Hong Shiong Te serta pihak berkuasa Syurga merayu kepada Buddha yang tinggal di kuilnya yang berada di sebelah Barat. Buddha pun kemudian bertaruh dengan Wukong bahwa dia ( Wukong) tidak dapat melarikan diri daripada Tapak Tangannya.

Wukong yang berkemampuan mencapai 108,000 li dengan satu lompatan, dengan angkuhnya setuju lalu melompat dengan sedaya upayanya. Apabila dia mendarat, dia tidak dapat melihat apa-apa pun kecuali lima Batang Tiang. Tapi justru Wukong menerka bahwa dia telah tiba ke ujung Syurga.

Untuk membuktikan pencapaiannya, dia menandakan tiang-tiang itu dengan frasa yang menggelarkankan dirinya sebagai " Raja Agung yang Sama Kedudukannya dengan Syurga". Selepas itu dia melompat kembali ke tapak tangan Buddha hanya untuk menyadari bahwa " Lima Tiang " itu sebenarnya adalah Lima Jari Tangan Buddha. Apabila Wukong cuba melarikan diri, Buddha menjulurkan tangannya menjadi gunung lalu mengurung Wukong di dalamnya dengan menggunakan mantera keng dengan tulisan "Om Mani Padme Hum" dengan huruf emas. Maka Wukong pun terkurung di sana selama lima abad.

Pengikut kepada Xuanzang

Lima abad kemudian, Bodhisatva Kwan Im sedang mencari-cari pengikut untuk melindungi Xuanzang seorang penziarah Dinasti Tang, yang ingin membuat perjalanan ke India untuk memperoleh Sutra Agama Buddha. Wukong mendengar hal itu maka dia menawarkan diri sebagai pertukaran untuk kebebasannya.

Kwan Im memahami bahwa monyet itu bukan senang untuk mengawal dan oleh itu Kwan Im memberi Xuanzang sebuah cekak rambut ajaib, hadiah daripada Buddha. Sebaik sahaja Wukong ditipu memakainya, cekak itu tidak dapat dikeluarkan semula.

Dengan bacaan mantera yang khusus, cekak itu dapat diketatkan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak tertahan pada kepala Wukong. Untuk keadilannya Kwan Im juga memberi Wukong tiga bulu istimewa yang boleh digunakan dalam kecemasan yang teruk. Di bawah pengawasan Xuanzang, Wukong dibenarkan mengawal perjalanan ke Barat.

Pada sepanjang kisah Perjalanan ke Barat, Wukong membantu Xuanzang dengan setia dalam perjalanannya ke India. Mereka disertai oleh "Pigsy" (猪八戒 Zhu Bajie) dan "Sandy" ( 沙悟浄 Sha Wujing) yang menawarkan diri untuk menemani Bhiksu itu bagi menebus dosa mereka. Kuda Bikhsu sebenarnya ialah putera naga.

Keselamatan Xuanzang sentiasa terjejas oleh siluman-siluman serta makhluk-makhluk gaib yang lain yang mempercayai bahwa daging Bikshu Xuanzang, apabila dimakan dapat membuat panjang usia. Wukong sentiasa bertindak sebagai pengawal pribadi Xuanzang dan dikurniai kuasa Syurga untuk memerangi ancaman-ancaman tersebut. Pada keseluruhannya, kumpulan itu menghadapi 81 kesengsaraan sebelum mencapai misi mereka dan kembali ke China. Wukong kemudian dikurniai dengan Kebuddhaan atas perkhidmatan dan kekuatannya.

Sumber: Wikipedia